Nota Kembara: Fam Trip Tram Ke  Muar, 27 – 28 Januari 2018. Siri I

Tram Fam Trip to Muar
Majlis rasmi Farm Trip Malaysia Writers Association anjuran bersama Muar Tourism dan Johor Tourism di Trade Centre, Muar.  – Gambar: Tourism Muar

 

ORANG KATA tengah malam buta, keluar dari rumah. Gigih ingin menyertai program Fam Trip Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM ) Ke Muar, Johor.  Sedang orang lain nyenyak tidur, kita turun dari rumah seawal 4.30 pagi menuju ke Matic, Jalan Ampang. Di situ peserta perlu berkumpul untuk menaiki bas ke Muar.

Bimbang terlepas waktu sampaikan ada menahan diri daripada tidur, bahkan sesetengahnya pergi lebih awal, jam 4.30 sudah menunggu di Matic. Menjelang jam 5.45 pagi barulah semua peserta sampai, bas tidak menunggu lebih lama,  5.50 pagi kami bertolak.

Dua bas membawa rombongan dari Kuala Lumpur, kami perlu sampai di destinasi pertama Hotel  Traders, berdekatan Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Muar sekitar jam 8 pagi.

Program Fam Trip Tram Ke daerah Muar pada 27 dan 28 Januari menyatukan pengamal media dan blogger dari Kuala Lumpur serta ahli persatuan pelancongan dari Muar dan Melaka. Rombongan itu  membabitkan 170 orang  kesemuanya dan empat bas!  Penyertaan paling ramai untuk program seumpamanya berbanding sebelum ini.

 

silat-performance-Tourism Muar.
Ketibaan peserta disambut persembahan seni silat oleh Tourism Muar.  Gambar – Tourism Muar

 

OBJEKTIF

Majlis dimulakan dengan ucapan pihak penganjur. Berucap di majlis itu, Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail berkata,  penganjuran fam trip itu salah satu inisiatif kerajaan negeri melalui pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik lebih ramai pelancong datang  bermalam dan  berbelanja di Johor dalam usaha merancakkan industri pelancongan di Muar.

Menurutnya, Muar menawarkan produk pelancongan berasaskan sejarah dan makanan. Kedudukannya bersempadanan negeri Melaka yang mempunyai hubung kait dengan sejarah. Maka katanya, tidak mustahil daerah Muar akan menjadi destinasi pilihan utama pelancong ke negeri Johor.

Gift-presentation
Abdul Malik menyampaikan cenderamata kepada Presiden Tram, Datuk Azli (kiri). – Gambar Tourism Muar

Dengan produk pelancongan tersendiri dan private partnership membabitkan kerjasama swasta, badan bukan kerajaan serta pengusaha, beliau yakin kekuatan produk sedia ada dan yang akan dibangunkan, dapat memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi menarik pelancongan.

Selain itu tambahnya, Muar yang bergelar Bandar Maharani Bandar Diraja Johor juga satu-satunya daerah di Johor mempunyai persatuan pelancongan tersendiri, dikenali Persatuan Pelancongan Muar, iaitu antara sebab kegiatan pelancongan di daerah itu bergerak aktif.

Menurutnya, tahun ini Tourism Johor, Pejabat Daerah Muar dan Persatuan Pelancongan Muar akan melancarkan 20 Pakej Pelancongan dalam usaha meningkatkan bilangan kemasukan pelancong ke Muar khususnya dan negeri Johor amnya.

“Tahun lalu, kemasukan pelancong domestik dan luar negara ke Johor ialah 17 juta, manakala tahun ini (2018) kita sasar 18 juta ,” ujarnya sambil menambah, Johor ada banyak tarikan dari segi keindahan alam semula jadi, pantai, pulau bersejarah, budaya, makanan, pusat membeli-belah, pusat golf, taman tema seperti Legoland, Angry Birds Activiti Park dan Puteri Harbour Indoor Theme Park.  Selain itu, banyak lagi tempat tarikan pelancongan sedang dibangunkan.

 

MUAR BANDAR TERBERSIH

Muar-District-Officer
Pegawai Daerah Muar, Onn Jabbar menyampaikan ucapan. – Gambar Tourism Muar

Pegawai Daerah  Muar, Haji Onn Jabbar pula menyentuh mengenai keistimewaan daerah Muar yang bergerlar Bandar Maharani Bandar Diraja Johor, sebagai bandar pelancongan bersih.

Dua minggu lalu katanya, Muar diumum pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih Asean (ACTCA) 2017 selepas menepati penilaian syarat ditetapkan oleh panel Anugerah Bandar Bersih Asean yang mengambil kira ciri kebersihan, keindahan dan keceriaan landskap.

“Dengan pengiktirafan itu, kita boleh jual lagi daerah Muar. Masyarakat akan teruja datang ke sini untuk lihat sendiri keadaannya, kita akan pastikan Muar bukan saja bersih di kawasan depan, bahkan sehingga ke kawasan tersorok seperti di belakang kedai,” ujar  beliau.                                                              .

Difahamkan rahsia kebersihan bandar Muar adalah hasil kerjasama penduduk dengan syarikat pembersihan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta badan bukan kerajaan dalam menjaga kebersihan, di samping perhatian diberikan oleh baginda Sultan yang mahukan Bandar Diraja itu sentiasa bersih.

Setiausaha Tourism Muar, Chua Teck Boon pula meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Muar mendapat Anugerah Bandar Pelancongan Bersih Asean. Ulasnya, ia hasil kerjasama pihak Persatuan dengan badan berkuasa daerah dan negeri dalam usaha mencantikkan bandar itu. “Secara tidak langsung memartabatkan lagi industri pelancongan daerah ini,”  kataya.

Satu lagi  kebaikan menurut beliau, Persatuan  Pelancongan Muar juga berjaya menyatukan pengusaha dalam semua bidang untuk kemudahan promosi dan penganjuran program, berbanding dahulu yang mana masing-masing mengusahakan kegiatan secara sendiri-sendiri.

 

PELANCARAN

launchin-muar-travel-map-1.0
‘Muar Travel Map 1.0’ selesai dilancarkan. – Gambar Tourism Muar

Kemuncak majlis, diadakan pelancaran Muar  Travel Map 1.0 dan ikon pelancongan Muar, Taleeb Mizad, yang menjadi pengacara pada hari itu.

Ketibaan peserta rombongan di majlis itu sebelumnya, disambut paluan kompang dan persembahan Seni Silat Muar oleh Tourism Muar. Selesai majlis pelancaran, tetamu dijamu dengan masakan tradisional Muar antaranya mi bandung dan sate.

Keluar dari dewan, dikejutkan dengan kehadiran deretan puluhan kereta mewah dan kumpulan berbasikal yang bersedia untuk berarak bersama rombongan bagi memeriahkan acara lawatan di bandar Muar.

Penunggang basikal yang hadir  antaranya mewakili Kelab Batu Berendam Basikal Tua Melaka dan Kelab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia, masing-masing membawa moto Berkayuh Bersaudara.

Sebelum bergerak ke destinasi lawatan pertama, peserta rombongan menyertai acara sesi bergambar di Tangga Agong Muar.

Program anjuran Tourism Johor dan  Tourism Muar yang membabitkan kira-kira 500 penyertaan dari pelbagai pihak itu disokong Matta Negeri Johor, Matta Negeri Melaka dan Tram.

 

Taleeb-Aziz, tourism ikon Muar.
Berdiri di tengah, ikon pelancongan Muar, Taleeb Mizad, yang juga pengacara majlis. – Gambar Tourism Muar

 

Program lawatan dua hari ke Muar Bandar Maharani Bandar Diraja Johor pada siang itu meliputi

“Muar City Tour” iaitu  destinasi Jejak Mural Muar  bertajuk

  • Adikku Sayang dan
  • Akar Perabot Dunia serta satu lagi,
  • Kuil Hindu.

Ia diikuti dengan lawatan ke lokasi popular masakan asam pedas di daerah Muar,  persembahan Tarian  Singa dan Naga Kung Seng dan lokasi  dalam konsep “round robbin”   iaitu;

  • Muar  River Cruise
  • Desa Kerome

Selepas mendaftarkan diri untuk menginap di Hotel Traders dan  berehat, kemudian turun berkumpul di Ringo Market di Laman Ole-Oleh Maharani sebelum bertolak ke tempat makan malam di Restoran  Marina  Tanjung Emas. Setelah kenyang, sempat lagi mencuba  hidangan sup dalam acara free and easy.

Program hari kedua, menikmati hidangan sate di R &H  Cafe Station, lawatan ke  Jurassic Garden Don Hu, pusat semaian pokok Tan Kok Leyong, Ladang Herba  Rempah Nasuha dikuti lawatan penutup di Galeri Darurat Bukit Kepong.

Lewat petang itu barulah kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di Matic,  angaran  jam 11 malam.

 

Turut dimeriahan dengan kehadiaran ahli kelab basikal – Gambar Anjung Destinasi

 

Bersambung dengan cerita  LAWATAN kes setiap destinasi dalam Siri 2 dan seterusnya.

Categories: Destinasi Travelog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *