Dikenali dengan nama Masjid Jama mengambil sempena perkataan ‘Jummah’, merujuk aktiviti solat beramai-ramai yang berlangsung  setiap Jumaat.  Sama ada waktu solat Jumaat mahupun hari raya, masjid ini penuh sesak, beribu-ribu umat Islam membanjirinya untuk menunaikan solat. Penulis sempat mengunjungi Masjid Jama pada hari terakhir percutian di India Disember 2016, ketika itu kami dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi.

Menurut laman culturalindia.net, Nama sebenarnya, Masjid-i-Jahan-Numa terletak di tengah Delhi Lama bersetentang Kubu Merah. Pada zaman Shah Jahan, ia digelar Masjid Tengah Delhi Lama tetapi kini lebih dikenali Masjid Jama di kalangan penduduk setempat.

 

entrance-of-Jama-mosque-delhi
Binaan pintu gerbang utama Masjid Jama Delhi, Kasut perlu dibuka, telefon bimbit dan kamera yang ingin dibawa masuk, tertakluk kepada bayaran.

 

Dibina dari tahun 1644 hingga 1656, Masjid Jama dikatakan antara terbesar dan tersohor di India serta dikenali ramai. Bahagian berbumbung terletak di  tepi manakala di tengahnya terbuka dengan dataran solat 37.904 meter persegi  (408 kaki persegi), boleh menampung ssehingga 25,000 jemaah.

entrance-arch-jama-mosque
Binaan tembok dan gerbang tepi masjid, kelihatan dari jalan raya.

 

Bangunan masjid tertutup terletak di sebelah kanan gerbang pintu masuk. Menampilkan tarikan menerusi dua menara utama di kiri dan kanan berketinggian 40 meter daripada batu pasir  merah asli dan marmar putih, juga terdapat kubah, tiga pintu masuk dan menara lain. Di dalam menara mengandungi 130 anak tangga. Hanya satu menara di Selatan dibuka kepada awam dengan bayaran. Di puncaknya menawarkan panorama bandar Delhi menghala Rumah Parlimen. Pada zaman Shah Jahan, ia digelar Masjid Tengah Delhi Lama tetapi kini lebih dikenali Masjid Jama di kalangan penduduk setempat.

 

maintanence-mosque
Perancah dipasang pada dinding masjid untuk diselenggara.

Disebabkan bangunan lama, penyelenggaraan dibuat dari semasa ke semasa, contohnya bahagian dinding yang dipasangkan perancah ini sedia untuk dilakukan penambahbaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Biarpun kerja itu dalam proses berlangsung, pengunjung tetap boleh masuk melawat.

 

Jama-mosque- wall
Pandangan dari luar tembok masjid

 

Kelihatan ramai pelancong keluar masuk daripada pintu gerbang berkaunter bayaran. Melangkah ke dalam, pengunjung ada di serata bahagian masjid menghayati seni binaannya. Sebahagian duduk menghilang lelah di tembok kolah dan lantai masjid.

Pelan lantai Masjid Jama dikatakan sama dengan masjid di Agra. Lantai dalaman dihiasi marmar hitam putih dengan motif seperti sejadah, ditampilkan oleh garis hitam tebal 0.91 meter panjang dan 0.46  meter lebar sebagai tanda ruang solat, kesemuanya berjumlah 899 petak.

Kehebatan reka bentuk digarap Shah Jahan dengan struktur agar mencuri tumpuan pada pandangan pertama. Bangunan dibina di atas tapak yang ditinggikan dan masjid itu boleh dimasuki melalui tangga dari tiga arah iaitu timur 35 anak tangga, utara (39)  dan selatan (33).

Masjid berukuran 80 m panjang dan 27 m lebar dan tinggi 41 m ini menempatkan dewan solat utama dengan tujuh laluan masuk bergerbang menghadap barat (Mekah) serta dilengkapi  mihrab tradisional.

 

interior-jama-mosque
Suasana dalaman selepas melepasi pintu gerbang bertembok

 

Dewan besar dengan 260 tiang di Barat masjid  dikemasi  seni ukir pengaruh Hindu, dengan sebahagian corak daripada batu permata, motif floral dan  kaligrafi mengindahkan gerbang, dinding, bawah dom, tiang dan lantai.

Gerbang besar di Timur adalah pintu masuk Diraja, ditutup pada hari minggu. Bumbungnya dikemasi tiga dom dengan garis  hitam putih marmar.

Dibina menghadap Bandar suci Mekah di Barat, tiga ruang berbumbung ditegakkan oleh deretan tiang melengkung yang mempunyai menara dan gerbang tinggi di tengah.

Sebagaimana Kubu Agra,  masjid ini dibina daripada batu pasir merah dan marmar putih yang kukuh. Pembinaan dikatakan membabitkan 5,000 buruh, berkhidmat di bawah pengawasan Wazir Saadullah Khan dan arkitek Ustad Khalil yang mengambil masa enam tahun menyiapkannya.

 

 

entrace-arch-jama-mosque
Masjid Jama dilingkungi tembok. Bahagian tengah binaan itu ialah pintu gerbang masuk.

 

Rekaan Masjid Jama adalah contoh sebenar seni bina Mughal, dengan selitan ciri Islam dan Hindu. Berkedudukan di tapak tinggi, bangunannya boleh dilihat dari mana-mana kawasan sejauh 5 kilometer radius. Kos binaan ketika zaman Shah Jahan dianggarkan satu juta rupee.

Masjid ini dirasmikan pada 23 Julai 1656 oleh Sayed Abdul Ghafoor Shah BukhariI, seorang mullah dari Bukhara, kini Uzbekistan. Di dalamnya terdapat  beberapa peninggalan naskah Islam seperti transkrip tua Al-Quran dicetak di atas kulit rusa, kesan tapak kaki, selipar dan janggut merah Nabi Mohammad SAW

Penyelenggaraan Masjid Jama diuruskan bersama oleh Lembaga Wakaf Delhi dan Jawantakuasa Masjid Jama di bawah naungan Iman Shahi.

Masjid ini dibuka dari jam 7 am hingga 12 pm, 1:30 pm hingga 6:30 pm  setiap hari. Caj Rs200-300 dikenakan untuk yang membawa masuk kamera dan telefon bimbit bagi dan Rs100 untuki menaiki menara.

 

inside-building-jama-mosque
Bangunan utama dalam masjid mengadap ruang solat di dataran terbuka

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *