LONTONG
Lontong dan telur pindang antara makanan traditional dari negari Johor yang tidak asing lagi. Lontong dikenali menerusi warna kuah lemak berwarna kuning, berisi campuran sayur seperti kacang, kobis dan tauhu. Ia dimakan bersama sambal kacang, untuk memberi rasa umpph bagi memenuhi selera mereka yang sukakan pedas. Lontong juga mengandungi campuran nasi impit, yang memberi rasa kenyang, menggantikan nasi.
Pada hari perayaan hidangan lontong tidak dilupakan. Hakikatnya Lontong dikenali oleh hampir semua masyarakat di negara ini, termasuk dari luar Johor. Mereka turut menghidangkan lontong pada hari raya, dan juga menjadi menu sarapan pagi di kedai. – gambar bawah

TELUR PINDANG
Bagi mereka yang tidak tahu akan kewujudkan telur ini, sekali terjumpa mungkin disangkakan telur buruk. Ini kerana bukan sahaja luaran kulit telur berwarna kusam, bahkan lapisan telur putih bertukar kecoklatan setelah telur selesai direbus dengan pelbagai daun dan rempah ratus dalam tempoh lama, berjam-jam.
Apa pun bagi penggemar telur pindang yang tahu mengenai rahsia teknik masakan itu, pantang berjumpa dengan telur rebus pindang ini, terus sahaja ingin dinikmati kerana pelbagai zat yang terkandung. – gambar bawah

Tidak ketinggalan dihidang ialah kuih tempatan seperti seri muka, kuih lapis, kuih tepung pelita dan bingka. Kuih ini bukan sahaja terkenal di Johor tetapi juga menjadi kegemaran hampir semua penduduk di negara Malaysia. Sudut kuih ini turut dihidang bersama buah-buahan tempatan yang dipotong persegi dan dicucuk dengan lidi. Hiasan `ibu’ sudut ini adalah buah ukiran yang dipersembahkan dalam sebuah bakul rotan, sebagai pelengkap seri hidangan – gambar bawah.
